Belajar Ala Keretapi!

MALAS! MALAS! MALAS!

Inilah masalah pelajar yang paling besar dan paling glamor! Sepanjang pelaksanaan Seminar Brilliant Students di puluhan sekolah rendah dan menengah, MALAS menjadi kelemahan utama dan pertama para pelajar.

Kadang-kadang kita hairan, bagaimana budak ni boleh dapat 9A dalam PMR? Macam mana dia boleh dapat A1 dalan Add Math? Apa rahsia mereka? Apa yang mereka makan? Ibu bapa mereka kerja apa? Mereka tuisyen di mana?

Come on lah… ini bukan masalah kita tidak tahu rahsia kejayaan mereka… Ini adalah masalah kita tidak menyedari apa kelemahan kita. Dan kita tidak berusaha untuk mengatasinya!
Maknanya, kenapa mereka boleh berjaya dan kita tidak? Simple, kerana kita MALAS dan mereka RAJIN! That’s all!

Jadi bagaimana untuk atasi masalah simple ini? SIMPLE! Gunakan analogi keretapi. Keretapi merupakan kenderaan yang berat, panjang dan padat dengan bebanan. Pergerakan keretapi laju tetapi ia bermula dengan perlahan. Betul tak?

Pernah tengok keretapi? Pernah naik? Keretapi bergerak perlahan-lahan pada mulanya. Tapi apabila sudah bergerak utk jangka masa yang agak pendek, ia akhirnya meluncur laju!
Haaa..kita ni pun umpama keretapi. Masalah kita yang paling besar adalah untuk memulakan study.. Ya, memulakan study! Kalau kita mula, insyaAllah kita boleh study untuk satu tempoh masa yang panjang.

Jadi fokus pada 10 minit pertama. Yup…Ambil buku dengan niat untuk study 10 minit sahaja. Waktu pegang buku, peganglah dengan semangat. Duduk dengan betul, dan tangan pegang pen atau highlighter. Tarik nafas dalam-dalam dan STUDY!!! 10 minit!

InsyaAllah, kalau anda sudah buat yg terbaik untuk 10 minit ini, anda sudah menjadi keretapi yang telah meluncur laju…Anda tidak akan terasa beban lagi untuk meneruskan study anda hingga mencecah satu jam! Haa…ini semua hanya kerana anda fokus 10 minit pertama…

Ingat, masalah kita hanya untuk memulakan study. Bila dah mula, insyaAllah takde masalah kan?

Abg Badr : Tuuuutt tuuuuutttt! (bunyi keretapi)

Pecutan Akhir: Jadual Belajar Brilliant Students!

Bagi anda yang bakal menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM, Abg Badr ada sedikit tips ingin berkongsi dengan korang semua!

Pertama, ubah jadual waktu sedia ada kepada jadual yang lebih serius dan sesuai! Ya, pecutan akhir memerlukan perubahan. Dan perubahan pertama yang anda perlu lakukan adalah jadual belajar. Rahsia jadual yg terbaik ialah : UTAMAKAN YG UTAMA. Maknanya, anda perlu terlebih dahulu mengenalpasti kelemahan dalam subjek-subjek tertentu, dan utamakan subjek-subjek tersebut.

Bagaiman nak utamakan? Senang, belajar subjek yang anda lemah pada waktu dinihari (awal pagi). Kerana pada waktu ini, otak anda amat amat fresh!

Kedua, pastikan dalam jadual anda terselit waktu untuk anda rehat. Dan peruntukkan 15 minit untuk tujuan itu. Dalam tempoh 15 minit itu, REWARDS YOURSELF! Maknanya, buatlah apa yang anda suka sebagai ganjaran atau habuan setelah anda berjaya study selama 1 jam.


Jangan nak tunjuk hero dengan study sampai 2 jam tanpa henti. Ini akan menyebabkan anda akan cepat penat dan terus tutup buku. Yang paling sedih, esok anda dah malas nak study sebab teringatkan kepenatan yg dialami semalam. Jadi, bersederhanalah! Study 1 jam dan REHAT. Kemudian sambung balik!

Ketiga, pastikan juga jadual anda memperuntukkan 5-7 jam untuk study! Maklumlah, dah nak dekat exam, takkan nak buat perangai macam budak-budak yang tak exam! Jadi, kurangkanlah masa bersantai dan gantikannya dengan study. Study tak semestinya baca buku je… Anda juga boleh membuat latih tubi, peta minda atau bercakap di depan cermin seorang diri!

Keempat, pastikan jadual anda strategik. Maknanya, untuk waktu pagi, banyakkan aktiviti membaca dan menghafal. Manakala untuk waktu petang, elakkan aktiviti menghafal, dan banyakkan latih tubi! Kalau anda silap strategi, takut otak anda tidak mampu memberikan komitmen yang terbaik!

Amalkan 4 tips ini untuk tips pecutan akhir! Best of luck!

Abg Badr : Dulu pandang rendah pada jadual…sekarang ni, kalau takde jadual, memang susah nak siapkan tugasan

Reward Yourself!! Kaedah Berkesan Brilliant Students!

Yes! Rewards yourself! Atau dengan kata lain, berikan ganjaran kepada diri sendiri! Kenapa? Bila? Apa? Jom kita perincikan satu persatu!

Rewards are great!

OK, dalam mood peperiksaan sekarang ni, Abg Badr rasa ramai yang sedang all out untuk belajar habis-habisan betul I got something for you! And this will give u more energy to do your best!

Simple, setiap kali anda study untuk jangka masa 1 jam, please, tolong, tolonglah rehat. Dan rehat ini dipanggil rewards yourself. Bagilah ganjaran kepada diri anda setelah berjuang selama 60 minit memerah otak utk study!

15 minit…15 minit dah cukup utk rewards yourself. Buatlah apa-apa yang menyeronokkan anda. Mungkin pergi ke dapur untuk minum air kegemaran, tonton TV (utk seketika sahaja!), bersembang dengan rakan atau ibu bapa, atau apa-apa sahaja yang membolehkan anda bebaskan bebanan. Asalkan cuma 15 minit!

InsyaAllah kaedah ini akan menyebabkan anda mampu untuk study lebih lama. Walaupun setiap sejam anda berhenti berehat, percayalah, ini bakal menyebabkan anda tahan lama untuk study!

Ingat, era pecutan akhir ini, sehari anda perlu study 5 - 7 jam sehari! Go for it!

Abg Badr : Rewarding myself..Tommorrow going to PD. Rehat dan grand bonding for AMPACers 5!!

Dengar Lagu Sambil Belajar... Bagus ke?

Sepanjang penjelajahan Abg Badr dan Speak Out AMPAC di sekolah-sekolah, sebahagian besar pelajar-pelajar yang menghadiri Seminar Brilliant Students pasti mendengar lagu semasa mentelaah pelajaran… Ada yang mendengar lagu pop, lagu rock, R & B, rap, techno dan ada jugak yang dengar dangdut!

Yang menariknya, apabila ditanya mengapa, ada yang menjawab, “Bila saya dengar lagu sambil study, saya tak mengantuk!” …Wah, yakin betul jawapan adik ni…

Tapi keyakinannya goyah apabila Abg Badr bertanya, “adik baca buku untuk tidak mengantuk atau untuk menambahkan ilmu?” …Dia jawab, “nak tambah ilmu..” Abg Badr menambah, “bagus…tapi tindakan adik seolah-olah sekadar tak mahu mengantuk…sebab ilmu sukar untuk bertambah jika adik membaca sambil mendengar lagu!”

Kenapa? Kerana minda kita tidak dapat fokus kepada apa yang dibaca… Bayangkan, sewaktu mata sedang memproses maklumat, telinga juga menghantar isyarat kepada otak untuk mentafsir lagu yang dimainkan. Dua perkara terpaksa diproses otak dalam masa yang sama… Impaknya, bacaan kita terpesong, mulut ikut sama terpekik terlolong…

Come on guys, fikirkan perkara ini sebaik mungkin. Apa salahnya kita jauhkan sumber yang menyusahkan proses pembelajaran kita daripada kita membuang masa membuat sesuatu yang hasilnya entah di mana… Kepada anda yang suka mentelaah pelajaran sambil mendengar lagu, percayalah, anda bukan membaca buku tapi sekadar MELIHAT BUKU….

“Tapi Abg Badr, macam mana saya nak hilangkan mengantuk?” pasti ada yg bertanya begini… Don’t worry, insyaAllah rahsia untuk menghilangkan mengantuk dengan cara yang berkesan dan berhemah akan dibongkar dalam entry yang akan datang!

Abg Badr : Buat satu-satu lebih baik daripada dua dalam satu yang kesannya tidak menentu…

Teamwork Makes The Dreams Work!

Alhamdulillah, pada Mac 2008 yang lalu, Abg Badr dan rakan-rakan telah berjaya menganjurkan Kem Kepimpinan Muda SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi di Kem Rimba Ria Sungai Congkak. Agak mencabar program ini kerana bilangan pesertanya yang agak ramai iaitu 113 orang pemimpin pelajar. Walaubagaimanapun alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan mencapai matlamat yakni untuk menjana nilai kepimpinan sejati untuk pemimpin pelajar SMK Jalan Tiga.

Dan kejayaan ini takkan dikecapi hanya dengan usaha seorang insan. Sesungguhnya kerjasama kumpulan mampu membuka jalan yang lebih luas dan membimbing kepada hasil yang memberangsangkan. Dan yang menariknya, abg kepada Abg Badr, Abg Baahir juga sanggup turun dari Penang semata-mata untuk menyertai program ini. Wah, dah jadi family bonding le pulak..My wife and I..Kak Shat and Abg Ariel…and Abg Baahir… And thanks to my dedicated facilitators; Farish, Taqi, Along and Azah.

Begitulah kehidupan manusia, apabila tenaga disepadukan, kita mampu membuat yang terbaik. Sama seperti kita belajar… Ia menjadi lebih mudah dan cepat jika kita mengadakan study group. Bayangkan, anda dapatkan jimatkan masa dan tenaga untuk menghasilkan peta minda, nota ringkas dan formula sekiranya anda bijak membahagikan tugas antara ahli kumpulan anda. Mudah bukan?

Study group seeloknya diadakan seramai 5 orang satu kumpulan. Dan bukan setiap hari kita kena study dalam group. Sebaiknya, kita study dulu sesuatu topik secara perseorangan, kita faham dan kenalpasti apa yang kita tidak faham, kemudian barulah kita duduk berbincang dengan rakan. Janganlah datang ke sesi perbincangan dan mengharapkan semuanya disediakan oleh rakan-rakan anda. OK?

So padukan tenaga anda dalam study, insyaAllah ia menjadikan pembelajaran anda lebih mudah, cepat dan berkesan.

Abg Badr: Suka study sorang-sorang 4 hari, dan study group 3 hari…

iNpuT MuST CoMe WiTH oUTpUT!! PuT! PuT! PuT!

Haha…agak kelakar tajuk ini kan? Tapi sebenarnya Abg Badr nak bicarakan satu perkara yang agak serius…Yang perlu diketahui oleh semua pelajar yg ingin berjaya…
Kebanyakan kita, lebih mengutamakan input daripada output…Apa maksudnya? Pelajar lebih suka membaca dan menghafal…Kemudian mereka merasakan itulah proses yg dinamakan sebagai ’study’…U’re wrong!

Study hanya akan menjadi study apabila wujudnya dua perkara…INPUT DAN OUTPUT!
Maknanya, sekiranya kita hanya membaca dan menghafal, kita cuma melakukan proses input (memasukkan sesuatu ke dalam minda). Kita cuma lakukan setengah daripada proses belajar yg sebenar.

Justeru, apa yg patut yg kita lakukan ialah, setiap kali kita selesai membaca dan menghafal, kita perlu jalani proses output pula! Dengan proses nilah kita akan betul-betul tahu sejauh mana kepandaian kita… Output boleh dilakukan dalam pelbagai cara…

Antaranya ialah
1) membuat latihan atau latih tubi
2) menceritakan semula kepada diri sendiri di hadapan cermin (mirror mirror on the wall style)3) menceritakan atau berbincang dengan rakan
4) ajar rakan-rakan
5) menghasilkan peta minda tanpa melihat nota atau buku rujukan

Setelah tamat salah satu daripada aktiviti-aktiviti ini, barulah ia dinamakan sebagai study!Jadi ingat, kalau nak study, biar study betul2!! Ada input dan mesti ada OUTPUT! Muntahkan segala informasi yg ada dalam minda dalam 5 bentuk output di atas.

Baru kita akan jelas betapa jelasnya kita tentang sesuatu perkara…

Abg Badr : Jangan asyik terlalu memasukkan…kita perlu juga mengeluarkan untuk memastikan yg masuk itu diingati…